CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 14, 2010

rAmaLAN OH raMALaN....

Mengetahui ejaan nama anda

Ilmu ini dinilai dari nama yang dieja dalam tulisan jawi. Oleh yang demikian nama anda perlu dieja dalam ejaan jawi sebelum ia boleh dinilai. Huruf hija’iah mempunyai 30 huruf dari ‘alif’ sampai ‘ya’. Dalam risalah ini, saya tidak dapat mengajar anda bagaimana hendak mengeja nama anda dalam bahasa arab atau tulisan jawi. Seeloknya tanyalah pada yang tahu.

Mengapa saya mahu anda merujuk kepada orang yg tahu asas jawi kerana kesilapan anda mengeja nama, memungkinkan anda membuat perkiraan yang salah. Contoh nama Ahmad ejaannya ialah alif Ha mim dal. Ia bermula dengan alif yang sinonim dengan huruf rumi A. Bagaimana pula dengan Abdul? Mungkin anda yg tidak tahu akan mengeja dengan ejaan Alif bad al wau lam sedangkan ejaan sebenarn bagi Abdu ialah ain bad al alif lam. Oleh yang demikian rujuk ejaan nama anda dalam tulisan jawi dari orang yang tahu dan mempunyai asas arab.

Sebagai umat Islam sepatutnya kita harus tahu asas jawi kerana dengan itu kita dapat membaca ayat-ayat suci Al-quran.

Kedudukan huruf hija’iah pada jari anda.

Kita mempunyai lace w:st="on"lima lace jari iaitu ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Disetiap jari mempunyai 3 bahagian. Setiap bahagian mewakili ‘extreme level’ atau tahap ekstrim. Dari bawah tahapnya rendah, tengah tahapnya sederhana dan atas tahapnya tinggi.

Kita perlu mula mengira bermula dari jari telunjuk dari bawah mengikut jadual dibawah:

JT = jari telunjuk

JTh = jari tengah

JM = jari manis

JK = jari kelingking

IJ = ibu jari

R = rendah

S = sederhana

T = tinggi

JT – R(alif) – S(ba) – T(ta)

JTh - R(tha) – S(jim) - T(Ha tebal)

JM – R(kha) – S(dal) – T(dzal)

JK – R(ra) – S(zai) – T(sin)

IJ – R(shin) – S(sad) – T(dhad)

JT – R(tho) – S(zho) – T(ain)

JTh – R(ghain) – S(fa) – T(qaf)

JM – R(kaf) – S(lam) – T(mim)

JK – R(nun) – S(wau) – T(ha simpul)

IJ – R(lam alif) – S(hamzah) – T(ya)

Anda perlu melihat nama anda berada dikedudukan jari yang mana. Dari situ anda dapat melihat resmi nama anda mengikut sifat jari. Bagaimana sekiranya anda mempunyai beberapa nama yang panjang seperti Abdul Karim, Mohd Saiful, Ahmad Albab dan sebagainya? Anda perlu mengambil nama yang pertama untuk dibuat perkiraan. Sifat dari nama kedua jarang dapat mengatasi sifat nama pertama. Wallahualam.

Sifat Jari

Mengapakah anda tahu nama anda berada dikedudukan jari yang mana? Ini adalah kerana setiap jari mewakili sifat tertentu. Berikut adalah sifat jari:

Jari telunjuk = Orang dari jari telunjuk dikatakan orang yang suka memberi arahan atau mengarah orang lain. Ia juga dikaitkan sifat seseorang yang lebih suka katanya didengari dari mengr kata orang lain. Kita sendiri kalau mengarah orang menggunakan isyarat jari telunjuk. Isyarat jari telunjuk juga dikaitkan dengan marah dan garang. Sifat pemarah dan panas baran juga dikaitkan dengan mereka yang resminya ari jari telunjuk.

Jari tengah = jari tengah dikaitkan dengan orang yg mempunyai ego. Dibandingkan sifat fizikal jari tersebut dari yg lain, ia menunjukkan jari ini lebih tinggi dari jari yang lain. Selain daripada itu, orang dari jari tengah juga dikaitkan dengan sifat yang suka menunjuk atau berketrampilan, suka menjadi perhatian, suka diberi perhatian. Kebanyakan dari jari tengah ini juga dilihat mampu untuk berada dikhalayak ramai. Walaubagaimanapun kelebihan jari tengah adalah ia mampu mengisi dan diisi yang membawa maksud boleh dirunding.

Jari manis = Fizikal jari manis itu sendiri membuatkan ramai orang meletakkan cincin pada jari ini. Kebanyakan orang jari manis adalah dari jenis yang boleh dibanggakan atau disukai. Ia juga mempunyai sifat boleh mengisi dan diisi. Orang dari jari manis juga dikaitkan dengan sifat low profile dan perwatakan baik. Bukan dari jenis yang menunjuk-nunjuk dan mengambil perhatian. Ia juga dikaitkan dengan mereka yang pandai menggunakan pemikiran.

Jari kelingking = adalah jari yang paling kecil dan hujung. Orang dari jari kelingking diibaratkan seperti ekor kucing betina yang Nampak lurus ditutupi bulunya tetapi dihujung ekor itu bengkok tersembunyi. Ia dikaitkan dengan mereka yang tidak tentu pendirian atau cakap berbalik-balik serta berubah-rubah. Ia juga dikaitkan dengan mereka yang panjang akal. Ini bermaksud orang jari kelingking dari jenis bijak yang tersembunyi. Kepanjangan akal itu boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan terserah kepada tuan empunya diri dalam mempergunakan kelebihan tersebut.

Ibu jari – Orang dari ibu jari adalah orang yang jenis disukai ramai kerana kebaikannya. Ini tidak bermaksud mereka adalah orang yg sentiasa baik tetapi kerana mereka suka membuat kebaikan yang disukai orang. Apabila kita memuji orang, kita sendiri menunjukkan isyarat ibu jari ‘GOOD’ dan begitulah lebih kurang orang yang berada pada ibu jari ini. Kebiasaanya orang dari ibu jari ini medah menyesuaikan diri dengan orang lain dan orang lain juga boleh sesuai dengannya.

0 comments: